Join This Site

Wednesday, 14 September 2016

PhD VIVA what to expect

Assalamualaikum and Olla!

It's almost 4 years I'm living in Newcastle. I came here on the 15th of October 2012, started my Ph.D. a day after. It was a bit of a rush. At that time I was waiting for the cheque from MARA that was why I registered 2 weeks late. When I was studying at Sheffield University, I never thought that I'd be doing a Ph.D. Lots of thing happen in this 4 years. This is the place I met my jodoh. Alhamdulillah. Banyak rezeki yang datang waktu di Newcastle. Rezeki menulis. Rezeki jodoh. Rezeki PhD. Rezeki kerja.... Rezeki buat umrah.... Rezeki jumpa kawan-kawan yang baik...Kawan-kawan yang buat aku belajar lebih banyak pasal rencah kehidupan. Life is full of surprises all this while. Kadang aku rasa macam aku dah pandai dah pasal dunia pasal kehidupan, tapi bila kita rasa kita pandai itulah waktunya kita sebenarnya masih dalam kebodohan. Masih perlu belajar. Kita memang sentiasa perlu belajar. Bila terasa diri pandai, itu tandanya ego kita mencanak dan kepintaran kita ditutup oleh ego tersebut. That is the time yang kena slap on the face - wake up call!



This picture was taken when I was studying in Sheffield University (2006 to 2010)


Tak sangka, after all this struggle, dah pun VIVA. I dont expect I'll get minor correction. I did try my best but I also expect the worst. Kat sini the result could be:

  • Pass without correction 
  • Pass with minor correction (1 month)
  • Pass with minor revision (6 months)
  • Pass with major revision (12 months)
  • Granted MPhil instead of PhD
  • Failed
A month before VIVA, aku jumpa officer from university. Dia terangkan the process. What to expect before and after VIVA. He mentioned the possible results. Dulu aku ingat senang nak dapat pass without correction, konon ala-ala buat Master or dissertation degree. Dorang tandakan thesis then dapat markah. It's funny I learnt all this masa aku dah betul-betul dekat nak VIVA. Every university is different regarding the possible outcome. I was told by the officer that chances for 'pass without correction' is 0.01%. I was also told that one guy in my department dapat pass without correction. He is a legend sebab sampai sekarang disebut-sebut. But then I also read that all this does not matter, what matter most is a candidate completed their PhD and I was told by my Prof the thing that they will check before hiring someone is my list of publication.







VIVA session normally last between 1 hour to 3 hours (or more). Mine was 2 hours and 20 minutes. 5 minutes chat, 20 minutes presentation, and the rest was the discussion. It started at 10.00 am and ended at 12.20pm. I went to the office an hour earlier. Prepare the slides, switched on the power point and have a chat with my supervisors. Around 9.00 am the external came, we had a small chat then I bring him to my supervisor. I left the meeting room and waited in my own room. Around 10.00 am my supervisors came in and call me to the meeting room.


Both of the examiners are already in the room. Seated. When I came in I just greeted both of them. Shake hands and smile, and even told them it was a great opportunity for me to meet them, the experts in my field of research. Then asked their permission to do the presentation. After the presentation, they told me to have a seat and the external examiner poured me a drink. Then we had a discussion (VIVA session).




Before VIVA I searched a lot about VIVA. I don't know what to expect. I even heard a horror story about my group mate, her external examiner go through the thesis one chapter by one chapter. Pada aku she's really good. Banyak publication. But then I heard from a friend juga yang they judge you based on your thesis, not your publication. She got 6 months correction. I expected her to get 1 month correction. So for mine, I don't put the hope too high, but I tried my best. During the VIVA, external examiner memang banyak sungguh pertanyaan dia tapi most of the answers are already in the thesis. In fact, beberapa soalan memang aku jawab I have stated that in my thesis, and internal examiner pun iakan. Then dia terus 'tertunduk malu' mengakui yang dia baca thesis tu awal-awal dapat then refreshed 3 days ago.

Most of the questions are all about the thesis. So master your thesis. Read it chapter by chapter. Then present the summary of every chapter to someone. Do this for several times. Because VIVA is a session to test if YOU are the one who wrote the thesis, how deep is your understanding of the topic, and in fact the examiners don't know it as much as you know the subject. So be the expert and explain without being defensive. If you are wrong, admit it but get into discussion professionally so you can think about it with the examiners. The examiners will have their thoughts and opinion based on their expertise, but you are there to give them answers so that they understood what you are trying to convey in your thesis. I think this tips will also be useful: before you start the VIVA, ask their permission for you to jot down their question so that you could understand it better, tanya balik untuk pastikan you get the right idea about the question asked and if you think it is a hard question, just say: that's a very good question. I think.... to buy some time so that you can think first before answering.

All in all, alhamdulillah. Kalau dulu masa buat PhD rasa macam buat course yang paling susah di dunia aka the highest achievement but bila dah lepas, tak rasa apa-apa pun. Rasa lega. Rasa macam terlepas daripada penjara stress hehe. Tak adalah rasa macam bijak pandai ke apa pun. I expect I gonna feel like I belong to Einsteint group after passed my PhD, but then, to be fairly fairly honest I feel more humbled by this experience. Alhamdulillah. Semuanya dengan pertolongan Tuhan. And in fact, this perkembangan ilmu bukan terhenti di sini. Masih jauh lagi perjalanan dalam mencedok ilmu. Maka jadilah aku orang baru dalam bidang 'academic' as a research scientist. Lepas VIVA, my supervisors panggil and asked if I want to stay in the group as an associate research scientist. I asked for a week to think of it. Timbal balik, I bet that's the best for me for the time being. Sekarang pun I am exposed with research projects, grant proposal. Its pretty cool to see the networking these academician have. Its a global project connecting between two or three countries trying to solve their concern. Well mainly energy related - of course. But that's not what its all about, it is also about political relationship, economic impact, social impact and long term benefits.


May God ease my new exploration. Allahumma amin!



To those yang akan hadapi VIVA, all the best ! To those that has passed, congratulation and what's your experience like? I think it is very helpful bila ada orang share their VIVA experience sebab before my own VIVA I was searching for tips and experience sharing from others.

I am planning to write a novel (cont. from sblm ni) and a book yang lebih bersifat motivational. What do you suggest I should put in that motivational + experience sharing book ?


Thank you for your participation! It's been awhile :)



Saturday, 12 September 2015

Dia Si Gadis 'Unicorn' Part 2

Dia Si Gadis Unicorn 2

Esoknya  Irina  sudah  ke  pejabat. Langsung  tidak  mengendahkan  nasihat  Ray  supaya  dia  mengambil  cuti. Matanya  tertancap  pada  skrin  komputer. Menganalisa  data  prestasi  bahan  bangunan  yang  dia  sedang  bangunkan  kini. Campuran  beberapa  bahan  berlainan  di  lapiskan  bersama  dengan  ketebalan  berbeza  untuk  menghasilkan  dinding  bangunan  yang  lebih  tahan  haba, tahan  lama  dan  ringan. Dia  bertanggungjawab  di  peringkat  reka  bentuk  yang  mana   melibatkan  software  khusus. Prestasi  haba  bahan  dapat  dia  jangka  melalui  kiraan  yang  dibuat  oleh  software  tersebut. Projek itu  baru  sahaja  dia  mulakan  dan  dia  pasti  ia  dapat  membantu  meningkat  prestasi  bangunan  di  negara  ini. Cumanya  di  sini  kebanyakan  kotraktor  lebih  selesa  dengan  teknologi  lama  dan  agak  takut  dengan  pembaharuan.

‘ Awak  kerja  kuat. Perlu  makan  makanan  berkhasiat… Jangan  lupa, mata  awak  pun  perlukan  rehat  setiap  10  minit… ’
Irina  tersentak. Suara  Ray  semalam  terngiang - ngiang  di  telinganya. Dia  perhatikan  jam  di  komputer. Sudah  2  jam  dia  duduk  mengahadap  kerja. Langsung  dia  tidak  perasan. Irina  bangun  meregangkan  urat, berjalan  ke  tingkap  kaca  dan  memerhatikan  bangunan-bangunan  pencakar  langit  yang  tumbuh  bagaikan  cendawan  di  tengah  kota  raya  Kuala  Lumpur.

‘ Hidup…. Bagaikan  satu  pertandingan… Yang  lemah  di  pijak  tapi  yang  dipijak  tidak  akan  selamanya  lemah… ’ Bisik  Irina  sendiri. Manusia  yang  bersesak  di  bawah  diperhatikan  olehnya. Pada  Irina,  dia  sudah  biasa  memaksa  diri  bekerja  kuat  sedari  dia  kecil.. Sejarah  hidupnya  membuatkan  dia  sangat  berhati-hati  mempercayai  manusia  lain. Pada  dia  hatta  keluarga  sendiri  pun  belum  tentu  boleh  dia  percayai. Sejak  dulu  lagi  dia  sebatang  kara. Ayah  meninggal  sewaktu  dia  seusia  4  tahun. Apabila  ayahnya  tiada, dia  ditinggalkan  oleh  ibunya  di  bawah  jagaan  arwah  nenek. Manakala  ibu  pula  ke  Kuala  Lumpur  mencari  kerja. Tahun  pertama  ibu  selalu  pulang  ke  kampong  menjengahnya, tapi  lama  kelamaan  pulangnya  hanya  sekali  setahun. Apabila  ibu  mula  berkahwin  lain , tiada  lagi  khabar  berita  dari  ibu. Yang  ada  cuma  kiriman  wang  kepadanya  saban  bulan  hingga  dia  menginjak  15  tahun. Irina  ketap  bibir. Dia  benci  bila  bayangan  lama  mula  datang  menyentuh  kotak  memorinya.

‘ Tok…Tok… ’  bunyi  ketukan  di  pintu  biliknya  mengembalikan  Irina  pada  realiti  kehidupan.
‘ Jangan  ingat  lagi  Irina. ’ bisik  hati  kecilnya  seraya  dia  menyuruh  orang  yang  mengetuk  masuk. Zetty  setiausaha  kepada  Ray  menjengah  masuk. “ Cik  Irina, bos  panggil  ke  bilik. ”

Zetty  tunggu  di  pintu  memaksa  Irina  untuk  terus  bangun  mengekorinya. Kenapa ? Ada  tugasan  barukah ? Tak  mungkin. Bahagian  ‘product  development’  semuanya  dikendalikan  oleh  dirinya  seorang. Irina  jenis  yang  tidak  banyak  bercakap. Langsung  dia  tidak  tanyakan  pada  Zetty. Dia  hanya  bangun  dan  terus  ke  sana  bersama  telefon  pintarnya. Usai  sampai  Ray  memberikan  isyarat  supaya  Zetty  meninggalkan  dia  dan  Irina.

Wajah  Irina  yang  tidak  beremosi  ditatap  oleh  Ray. Dia  ketap  bibir  menahan  tawa. Serius  je  muka  Irina  bila  di  pejabat. Ray  buat  muka  serius  juga.

“ Duduk. ” Arah  Ray  dengan  wajah  serius  sepertimana  Irina. Irina  terus  duduk  tanpa  banyak  bicara. Menunggu  butir  bicara  daripada  lelaki  yang  membantunya  semalam. Mata  bundar  Irina  dengan  wajah  polosnya  buatkan  Ray  hampir  tesenyum  tapi  dia  berjaya  menahannya. Satu  beg  kertas  dibawa  keluar  oleh  Ray  dan  diletakkan  di  atas  meja. Irina  memerhatikan  dengan  wajah  pelik. Bertambah  pelik  apabila  Ray  mengeluarkan  2  bekas  kedap  udara. Satu  dihulurkan  kepada  Irina  dan  satu  lagi  diletakkan  di  hadapannya. Dengan  wajah  yang  masih serius  dia  memberikan  arahan, “ Saya  nak  awak  makan  bekal  yang  saya  bawakan  ni. ”

Belum  sempat  Irina  bersuara  Ray  terlebih  dahulu  menjampuk, “ Ehem. Jangan  banyak  cakap. Saya  minta  awak  makan  je. Semuanya  halal  dan  toyyiban. Saya  sendiri  yang  sediakan. ”

Merekah  senyuman  Irina  walaupun  masih  ada  tanda  tanya  dalam  riak  wajahnya. Irina  buka  penutup  bekas. Ada  beberapa  biji  tomato  ceri, lobak  merah, sayuran  hijau  dan  ayam  bakar  yang  disusun  dalam bentuk  senyuman. Irina  pandang  wajah  Ray  bagaikan  tidak  percaya.

“ Terima  kasih  Encik  Ray. ”

Ray  senyum  tenang. Bahagia.  “Sama-sama  kasih. ”

Irina  bundarkan  mata. Riaknya  bukan  marah, tetapi  confuse.

‘Mungkin  Irina  ni  nerd  sangat  sampai  dia  bergurau  pun  dia  tak  faham,’ bisik  Ray  dalam  hati. 
“ Kan  berkasih  sayang  sesama  manusia  tu  amalan  yang  baik  ? ”

“ Owh… ” Lurus  bendul  Irina  mengangguk. “ Betul  tu.” Irina  senyum  lebar. Bersetuju.

Kemudian  lama  lagi  Irina  diam. Khusyuk  makan. Irina  bagaikan  pesakit  schizophrenia, dia  luar  lain , di  pejabat  lain. Kalau  bergurau  pun  dia  buat  tak  tahu. Ray  perah  otak  berfikir, apa  lagi  yang  dia  nak  bualkan  dengan  si cantik  pandai  depan  mata  ni.

“ Irina…  ”

“ Hmm ? ” Sambil  menunggu  apa  yang  CEOnya  nak  cakap  si  Irina  kemaskan  sudu  garfu  yang  dia  guna. Cepat  sahaja  dia  makan. Dia  tidak  selesa  makan  di  bilik  bos. Tambah  pula  bekal  yang  bos  bawa. Tidak  professional  pada  dia.

“ Lah, dah  siap  makan ? ”

“ Dah. Dah  30  minit  Encik  Ray. Lunch  hour  sejam  je  kan? Saya  nak  buat  air  di  pantry  dan solat…. Tak  elok  curi  tulang,  rezeki  tak  berkat. ” Irina  senyum  ikhlas. Ray  dah  tak  mampu  nak  balas  apa-apa. Nak  main  suruh-suruh, nak  kenakan  Irina  macam  dalam  drama  cinta  bos  dengan  pekerja ? Hah, memang  tidak  lah. Perempuan  yang  dia  nak  tackle  ni  ‘unicorn’, bukan  calang-calang ! Akhirnya, dia  hanya  mampu  pandang  sahaja  Irina  bangun  berlalu. 

" Terima  kasih  sekali  lagi  Encik  Ray. Bekal  ni  saya  basuhkan, dan  esok  saya  bawakan  bekal  untuk  kita  berdua  ya? "

Irina  nak  masak  untuk  dia  ke? Kekecewaan  Ray  terus  terubat.

" Sure. "

Ray  balas  dengan  wajah  sama  serius  macam  Irina, tapi  dalam  hati.... Tuhan  sahaja  yang  tahu  betapa  berbunga-bunga  harapannya ! 

Yay! Sorak  Ray  dalam  hati. 

p/s: hehe tak  sangka  pula  ramai  yang  baca. tetiba  rasa  semangat  nak  menulis  balik. lols. thank you for the support  guys! dan  cerita  Eve /Iman  tujukan  pada  gadis-gadis  diluar  sana  yang  masih  single  mingle  walaupun  dah  cecah  usia  30s. fairy  tales  tak  kira  whats  your  age, and  in fact  kalau  kat  sini (UK) 30s  is  like  the  best  age  for  the  women. we  are  more  mature, more  stable  and  in  fact  we  are  at  the  peak  of  understanding  beauty ! So keep  it  up  all  the  women  out  there.